28/09/2021

Apa itu Chabot?

Apa itu Chabot?

  • Chatbot adalah satu aplikasi untuk kemudahan komunikasi dalam bentuk perbualan dua hala secara online menerusi paparan teks, imej, audio & video. Chatbot biasanya diwujudkan atau diintegrasi pada laman web sebagai medium komunikasi di antara pemilik laman web dan kumpulan sasaran atau pelanggan.
  • Sebenarnya kewujudan Chatbot bukan terlalu baharu. Sejarah Chatbot bermula seawal tahun 1994 menerusi pengenalan isitlah 'ChatterBot' oleh Michael Mauldin, iaitu pencipta perisian perbualan ‘Verbot’ yang pertama. Ketika itu Chatbot tidak begitu diketahui dan dikenali umum.  Kini teknologi Chatbot menjadi satu kemestian kepada organisasi atau pengguna dengan menyediakan pengalaman terbaik, efisien dan sekaligus meningkatkan operasi harian.
  • Bermula sebagai perisian secara asas, Chatbot kini berkembang pesat dan hampir menyamai dengan kemampuan intelektual manusia menerusi kepakaran bersifat “kecerdasan buatan” atau lebih popular sebagai AI (artificial intelligence). Melalui teknologi AI, komunikasi perbualan bukan sahaja memudahkan, malah mesej juga dapat disampaikan dengan lebih cepat, tepat dan spesifik.

Sumber: Verbot

Article written by ADAM

Jangan tunggu,
hubungi kami hari ini

Di talian: +603 5611 5884
Ketahui lebih banyak kaedah untuk menjangkau dan berkomunikasi dengan pelanggan dalam talian melalui penyelesaian livechat-to-chatbot.
Hubungi kami
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x